Subtitle

Pantun

Qatammul Qur'an

Posted by [email protected] on June 21, 2011 at 2:29 AM Comments comments (0)

Kh Bachtiar Ahmad 

Khatamkan Qur'an ayat se ayat

supaya kaji tiada sesat

kalau tuan lalaikan sholat

Allah melaknat dunia akhirat

 


Supaya kaji tiada sesat

belajar tajwid pada Suhaimi Hasyim

Allah melaknat dunia akhirat

demikian firman Quran yang Kariim


*Suhaimi Hasyim

sekarang di Bagan musimnya  mangga.

Dibuat juice pelepas dahaga.

Perbanyak tadarrus Al Qur'an dlm rumah tangga.

Mdh2an hidup selalu berbahagia.


*Asmari Rahman Sulung

Asam kandis asam gelugur

Ketiga asam dimakan ulat

Menangis mayat di pintu kubur

Semasa hidup lalaikan sholat


# Rizal Pakchik

Puput jaring merata rata

campakkan bilis dalam pukat

kering laut menjadi tinta

takkan tertulis rahmat dan nikmat


# Ventin Marhasti

Yasin d baca d malam Jumat,

d baca utk dmaikan umat,

bila tuan lalaikan sholat,

tunggu azab tuqn mendekat.


Salam Pembuka

Posted by [email protected] on June 21, 2011 at 1:52 AM Comments comments (0)

Queensly Risda

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

 


Tetak buluh panjang suluh

Mari jolok sarang penyengat

Angkat doa jari sepuluh

Doa minta biar selamat.....

Tengku Lukman Jaafar menyukai


*Kh Bachtiar Ahmad

Jangan jolok sarang penyengat

kalau disengat badan melarat

tak nyenyak tidur tak sedap makan

kami do'akan puan selamat

dari dunia sampai akhirat

mudah-mudahan Allah kabulkan...... (Amiin ya robbal 'alamiiin...)


Asmari Rahman Sulung >< ‎Queenly Risda

Selamat bergabung puan Risda

Penyiar radio di Kota berkhidmad

Doa selamat dari adinda

diaminkan oleh Kh Bachtiar Ahmad


 

Bachtiar Ahmad dan Puan Risda

Satu profesi dizaman berbeda

Penyiar Radio mereka berdua

Dalam studio suaranya mengangkasa